PILIHAN



Dalam hidup ini,
Kita semua, 
Punya tujuan,
Punya pilihan,
Dan pilihan itu, 
Sememangnya sesuatu yang berbeza-beza.



Ya, 
Hanya kau yang mampu pilih, 
Hanya kau yang perlu pilih, 
Hanya kau yang seharusnya memilih, 
Apa sebenarnya yang kau mahu.



Lalu kau bertanya.



Saat ini,
Kau mahu rasa apa? 
Sedih? 
Atau, 
Gembira? 
Ya.
Kau sendiri pilih.



Kau mahu jadi penakut?
Atau,
Kau pilih untuk berani?
Kau pilih.



Kau mahu terus lemah?
Atau,
 Kau mahu bangkit?
Kau pilih.



Kau mahu terus mengenang yang lalu?
Atau,
 Kau mahu tinggal segalanya menjadi kenangan?
Kau pilih. 



Kau mahu terus dan terus mencuba ?
Atau, 
Kau mahu begitu sahaja menyerah?
Kau pilih. 



Kau mahu selamanya di bawah?
Atau,
Kau mahu slow-slow panjat dan naik ke atas?
Kau sendiri pilih. 



Mohon fikir dalam-dalam segala pilihan yang kau buat. 



Jangan, 
Jangan pernah cipta alasan,
Jangan terus diam, menung dan tunggu, 
Kerana, 
Setiap perkara itu tidak datang bergolek, 
Kau takkan tahu setakat mana kau mampu, 
Dan di mana sebenarnya diri kau. 


Love: 
Floralyaa

Selamat Tinggal 2017



2017.
Aku mahu katakan, 
Tahun itu,
Mungkin satu tahun yang baik dan sempurna, 
Buat setiap insan,
Tidak kurang juga,
Tahun yang penuh dengan liku-liku, 
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, 
Aku pasti,
Setiap daripada kita,
Merasakan pahit dan manisnya yang tersendiri,
Yang berbeza-beza dari segi bentuk mahupun rupa.


Alhamdulillah,
Terima kasih ya Allah, 
Terima kasih untuk segala-galanya,
Terima kasih untuk segala kenangan, 
Terima kasih untuk segala memori, 
Terima kasih untuk segala suka dan duka,
Terima kasih untuk segala pertemuan, 
Terima kasih untuk setiap perpisahan,
Terima kasih untuk mereka yang menerima kekurangan diri ini, 
Terima kasih kerana mampu bersabar, 
Terima kasih kerana mampu bertahan,
Terima kasih untuk mereka yang masih setia disisi, 
Terima kasih juga kepada mereka yang memilih untuk pergi,  
Terima kasih kerana terus memberikan aku kekuatan, 
Terima kasih juga kerana memberi aku peluang untuk terus sujud kepadaMu,
 Terima kasih kerana masih beri aku peluang untuk terus bernafas hingga ke hari ini,
Terima kasih ya Allah.


Maafkan aku, 
Maafkan aku jika aku tidak khusyuk ketika solatku,
Maafkan aku andai aku terlampau leka dengan duniawi, 
Maafkan aku andai aku selalu menuturkan bahasa yang kasar, 
Maafkan aku andai aku selalu memberontak,
Maafkan aku andai aku selalu menyakiti,
Maafkan aku andai aku sering mengeluh, 
Maafkan aku jika aku tidak bersyukur,
Maafkan aku andai aku kurang memberi,
Maafkan aku jika aku selalu membanding, 
Maafkan aku andai aku terlampau sombong dan angkuh denganMu, 
Maafkan aku andai aku sering melupaiMu,
Maafkan aku yang sering melakukan dosa.


Sesungguhnya,
Aku hanyalah seorang insan biasa,
Yang penuh kekhilafan,
Dan takkan pernah lari daripada membuat silap.


 Moga 2018 memberi sinar baru dalam hidup setiap daripada kita. 
Moga kita dapat baiki setiap satunya,
Moga kita dapat melakukan lebih banyak amal kebaikan. 
Moga kita dapat lakukan banyak perubahan dalam diri kita. 
Dan moga kita lebih cemerlang didunia dan diakhirat,
Amin!




Selamat  datang 2018!
Semoga yang baik-baik sahaja menanti kita semua :D 


Love:
Floralyaa